Blogger Backgrounds

Followers

MY OFFICIAL DIARY

KiNda SecRet LateLy c:

Saturday, February 26, 2011

bersyukur punya keluarga sebaik kamu ^_^

Am i normal?
tym aku tau one of my friend susah..aku akan tolong sedaya upaya
Dulu nasib kami sama. 
Tapi sekarang tidak lagi.
Dia dh ada arah tuju hidup.
Aku masih mencari²...walhal kami sama² berjuang tempoh hari
Dia dpt aku tak.
Bukan aku tak nak dia bjaya, tapi lihatlah diriku.
Aku hanya mampu memendam perasaan supaya dia tidak terasa.
Aku tak nak nanti dia fikir aku tak ikhlas tolong dia.
Semasa makan malam bersama fiancee aku, ada suara yang berkata "sebab tlg kawan ko pula yg x dpt.."
ahh~nak sakitkan hati aku lagi...
Dari kecik aku suka bagi² apa yg aku ada.
Biar sama² senang..
Tapi in d end of d day, aku juga yang tak dpt apa²..
Aku sikit pun tak fikir psl tu..
Bila fikiran dah matang baru aku terfikir "oh shit!"
Biar lah dia berjaya.
Mungkin bukan rezeki aku..

Pagi tadi aku menerima sms dri sis in law..
Suruh dtg ke tempat kerjanya..
Monday got interview...(again?! i hate intvw session!damn!)
as Customer Service Officer.
Aku tak bfikir 2 atau 3 kali.
i say yes i'll come...
hurm..
Dan petang tadi my fiancee bw ke a.asia..wth my resume
hurm..
another application for job(gosh!)
as Ground Service Agent.
Aku bsyukur punya 'bakal' keluarga baru yang mengambil berat sgt²...
TERIMA KASIH untuk semuanya ya..
Kalian tidak putus² support aku.
Kesedihan tempoh hari sda recovered blk :)

Tapi sedih dengan kwn yang aku tolong tak pernah tanya khabar aku..

Monday, February 21, 2011

One Year Anniversary ^_^

Wah...tak terasa pun dah setahun kami bersama (couple) :)
Tapi, dia lupa hari ini cukup setahun perkenalan kami...sobsobsob +_+.apa lar~
Biasa.Lelaki...
Kenapa ya lelaki tidak suka mengingat perkara² penting ini (bg saya penting!)
Mungkin dah lama bersama..(awas kalo bday aku dia lupa) grrrrrr~

Happy 1 year anniversary my dear fiancee :)

Wednesday, February 16, 2011

wishing my miracle come :(

Petang tadi teman aku dh kne kol oleh FireFly...
Oh! aku belum lagi...
isk..
im happy for her..
but deep inside im frustrated..
sbb kami sama² pg interview ari tu..
xtau die dpt dlu..
And im the one who help her to gve her resume to my friend..
apsal aku pla yg x dpt neh!
isk...
xpe..
ade 2 hari lg..
kalo xkne kol..its mean xde rezeki la aku..

On the way pgi klinik(temankan fiancee aku), aku ade citer sal mmber aku yg dh kne kol tu..
Then ape yg aku harapkan die bagi aku semangat..
Ini tidak..Down kn aku lagi..
Katanye, Jangan terlalu berharap kerana sesuatu yang kita harapkan xkn akan dapat.
Hu!
Sakit telinga aku dengar..
Dia x henti² bcakap smpai aku ckp "SHUT UP!"
and yet..he still talking and talking...
Dari harapan aku yang mengharap berubah jadi FADE-UP.
Fade-up ngn perangai die yang x supportive langsung!!
Die ckp my dress on that day(intvw) x kemas...!
Time hantar aku xde pun tegur dressing aku.
Aku bukan marah sebab x kne kol..tapi die lagi nak buat aku panas hati
JIWA KACAU btul aku skg ni.

Dear my Fiancee...
U supposed to support me not gve that critics!
Ah! malas lah nak fikir...
Sakit hati je kalo ingt blk..
So sorry kalau layanan kepada orang sakit x baik.
sbb syg pun SAKIT juga. SAKIT HATI!
Jangan pernah tanya kenapa syg diam.
Thats means syg betul² bengang,marah,blur!
Try to talk something nice next time.

I just have 2 more days for waiting a good news.........:|
++wish me luck++
Anyway, Congrats Hera :)

Monday, February 14, 2011

cam cilaka OOo ko kan!

sabar itu separuh dari iman....

I dont know whats her problem with me
Memang dia 'macam tu' kali.....
eeee..eeee...
Kalo xtau the history then u just shut your mouth la mandak!
Mungkin ko sedang baca...
baguslah!
Pandai juga ko cari blog aku yg comel ni kan...
hahaha
mungkin dlm sehari mau 2 3 kali ko cek blog aku kan apa respon aku ttg status tu
F doh!
ko mmg cilaka!
For that girl, hell yeah! u r not matured as i thought..
ordy block n im heppi wth that.
Berambus kau!
shuuu shuu!
For my friend that i mention of his status yesterday..my apologize..
All is fact man....Aku x ckp bukan² n as i mentioned at the beginning,
I just gve my others friend to read it..."sama² beringat kan.."
Aku xtau lah pula 'org' tu slh erti...
so nice of u...
Nak mention nme ko...takut i pula yg femes..
malas lah nk kne wall to wall nanti..
tak manis org tgk KAN!
u cn read this blog tapi suka hati aku lah nak tulis ape..
Yang penting aku jujur ok.
Not desperate nak menyindir aku..
its not a good point ok.
Sedar²kan lah bf ko tu dulu..
takut kawin nnt kena suh baca Al-Quran..kelu lidah sbb tlmpau minum air setan!

Mohon undur diri,

Talk to my Hand girl!


Sunday, February 13, 2011

Birthday of Prophet Muhammad SAW c:

Assalamualaikum WBT...
 
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
 
Di antara ciri-ciri dan sikap terpuji baginda Rasulullah S.A.W. yang perlu dicontohi :
1.Sebagai Ketua Keluarga Yang Mulia Dan Bertanggungjawab

Dalam kesibukan baginda sebagai pemimpin negara, sebagai pendakwah, ketua tentera dan pelbagai urusan lainya tetapi baginda tidak pernah melupakan soal membina keluarga yang harmoni. Bagaimana baginda menunjukkan kaedah yang berkesan untuk melahirkan sebuah rumahtangga Islam sejati yang berjaya melahirkan generasi Islam yang bertakwa. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 6 :

Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

2.Sebagai Pemimpin Yang Bijaksana

Rasulullah S.A.W. merupakan seorang pemimpin yang ikhlas dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Peribadi baginda yang luhur, tidak ingin dipuji, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan kebendaan serta mengejar pangkat dalam perjuangannya. Akhirnya baginda telah berjaya membentuk peribadi, masyarakat dan negara Islam yang unggul dan terbilang.

Amat sesuai baginda menjadi contoh teladan yang paling baik. Sabda baginda :

" اِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ "

Maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ".
3.Memiliki Akhlak Yang Sempurna

Baginda diutuskan bersama akhlak yang sempurna sebagai asas panduan kepada setiap lapisan masyarakat. Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Ahzab ayat 21 :

Maksudnya : “Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

Seterusnya baginda terkenal dengan ketegasan dalam perjuangan mempertahan agama Allah tanpa rasa takut dan menolak sebarang bentuk tawaran keduniaan. Seandainya sifat seumpama ini dapat kita laksanakan pastinya Islam bertambah maju dan setiasa disegani kawan mahupun lawan.

Dalam membina masyarakat yang harmoni pula baginda menggariskan beberapa panduan antaranya menanamkan sifat berkasih sayang, tolong menolong, menjaga hak kejiranan dan sebagainya demi menjaga dan membentuk masyarakat sejahtera.

Inilah antara sifat-sifat dan ketabahan baginda Rasulullah S.A.W. di dalam menegakkan agama yang benar dan diredhai Allah S.W.T. Maka bersempena sambutan Maulidur Rasul yang kita sambut pada tahun ini hendaklah dilakukan dengan hati yang benar-benar insaf dan ikhlas serta berbeza dengan cara sambutan Maulidur Rasul yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab yang terlalu gembira menyambut kelahiran baginda dengan sanggup memerdekakan hamba kesayangannya serta menyembelih 100 ekor unta tetapi akhirnya apabila baginda menyatakan tentang kenabiannya serta dakwah Islam yang dibawa oleh baginda maka dialah orang paling keras menentang baginda sehingga kisahnya dirakamkan dalam surah al-Masad.

Oleh itu, kita perlu sedar dan insaf sambutan yang kita raikan mestilah selari dengan apa yang diucapkan, jangan kita bersungguh-sungguh memuji akhlak Rasulullah S.A.W. Tetapi akhlak remaja kita terbiar semakin hari semakin liar, tidak terkawal dan terlalu mementingkan hiburan sehingga mengabaikan tuntutan agama. Begitu juga, jangan kita hanya memuji baginda yang mengharamkan arak, judi dan riba sedangkan di sekeliling kita arak, penagihan dadah, pil khayal, ubat batuk dan segala macam yang memabukkan semakin manjadi-jadi seakan-akan tidak ada penghujungnya.
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم،

Maksudnya : “Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (arab) yang ummyyin, seorang rasul (nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaannya), dan membersihkan mereka (daripada iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hokum-hukum syari’at). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”
( Surah al-Jumuah ayat : 2 )

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Selamat Menyambut Maulidur Rasul
c:


not in my calendar c:

Valentine's Day?
I have to admit it yg dulu aku pernah sambut perayaan ini! 
Hanya untuk suka²....
Tahun demi tahun aku semakin matang.
Aku tidak menyambut perayaan ini lagi kerana aku tahu asal usul perayaan ini dan ia haram untuk di rayakan!
Baru tadi aku melihat status seorang teman di facebook
"What Happen to my country rite now? Valentines also problem kah ? Come On Guys!! Be Matured!!"
Aku bukan nak kritik status die..(no hard feelings ya gaman :) )
Aku just nak tekan kan disini bahawa umat islam di haramkan untuk menyambut perayaan tersebut.
Dan bukan kerana ketidak matangan atau tidak cool, tapi ini soal agama. 
Yes guys, im not as alim as u think but benda² camni kalo dh tau of course di elakkan.
Apa lagi tadi aku baru je search on google hukum² celebrate perayaan ini.
Mari kita sama² baca dan fahami mengapa umat islam tidak boleh a.k.a di haramkan merayakan VALENTINE'S DAY.





Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?
 
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)
 

Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana kebanyakan kita menemui jargon-jargon (simbol-simbol atau  iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mengekspos (mempromosi) Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari diskotik (disko/kelab malam), hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan  pengaruh media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day.
 
 SEJARAH VALENTINE:
Sungguh merupakan hal yang menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.
 

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.
 

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.
 

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine melalui greeting card, pesta persaudaraan, bertukar-tukar hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.
 

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa hal ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat  dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.
 
PANDANGAN ISLAM 
Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?
 

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
 Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
 

Dalam Islam kata tahu berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, bila, bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.
 

Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang mendorong/mengikut kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“
Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-
Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam  masalah 'Valentine Day'.
 

1. PRINSIP / DASAR
   Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama  Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.
 

2. SUMBER ASASI
   Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan  mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.
 

3. TUJUAN
   Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan      yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.
 

4. OPERASI
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta pora dan huru-hara.
Perhatikanlah
firman 
Allah s.w.t.:Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan    syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)
Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi :…walaupun kamu membelanjakan    semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat    mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati    mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
 

Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.
 

Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah memuja-muja Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim.  Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.
 

Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.
 

MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :
…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.
 

Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.
Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t.:
Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.
 

Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

::sumber dari wordpress::
 
FOR ALL MUSLIM OUT THERE,
We can show our love everyday to our beloved one
Why we have to wait 14 Feb to celebrate it ?
"tepuk dada tanya lah selera"
"Yang baik itu datang daripada ALLAH SWT, 
Yang buruk itu datang dari diri sendiri..Maka haruslah perbaiki kesilapan masing² dan sama² mengingati antara satu sama lain"

 

Wednesday, February 9, 2011

psycho!!!!

Semalam saya menerima SMS yang berunsur kejahatan. At 1st aku just ignore. Mungkin ade member yang nak main²..tapi ade 1 sms yang menakutkan! Dan terus ke Balai Polis Nilai.
Berikut merupakan SMS² yang di hantar oleh beliau dan SMS yang aku reply:

0175949298 : Saya takut.tolonglah saya
AKU : who's tis?
0175949298 : Jamil.please help me.
AKU : Jamil?
0175949298 : Iya. saya jamil syukor.saya takut.along da kejar saya.saya nk pnjam 5k.atau nanti saya dipukul mereka.
AKU : Tpi sy xknl ko la..Cmne nk tolong. Cmne leh dpt number aku ni? Mmber2 ko mne??
0175949298 : Tolong eiyrna
(im not replying his sms..and he send another sms)
0175949298 : Saya sedih.kalau macam ni saya nk bunuh diri.
AKU : sori aku xknl kau
0175949298 : Mlm ni saya akan hantar bomoh.
AKU : Ape ni?? Kalo ko nak htr bomoh,baik ko antar ngn along yg kjar ko tu..adoyai.
0175949298 : Sbb saya minat kt awk.
(im not replying his sms. And he send another sms)
0175949298 :Bomoh ni xwt org sakit.awk jgn risau.HEHEH
0175949298 : Tunggu je.kalau tidak sekarang,nanti syg
(end of sms)

Aku xnk fikir hal² gini..tapi memandangkan die ade mention pasal "nk hantar bomoh". Aku mulai xtentu arah..nowdays, people cn make everything they want. termasuk hantar² bomoh ni. Hati ku semakin x tenteram. Terus kol BP Nilai. Dorang suh pg BP untuk buat report. So crazy this guy!! Sampai aku xleh tido fikir pasal ni
my police report
Kate mereka (Polis), dorg just buatkan report je dulu. kalau nk tau cepat spe orgnye kne pg cyberjaya (telekomunikasi deparment). Soon...Aku akan pg cyberjaya. Aku nak tau spe org ni. Mental kot! memang bangang la kalo die nk bt main²!!! Aku saman trusss! Kalau bukan esok, nanti ye sayang!!! F**k!!!


|| EIYRNA MELAPORKAN DARI BILIK BERITA TV5 ||

Sunday, February 6, 2011

I.N.D.A.H

Hari ini aktiviti saya kami ialah : BERJALAN² DI TEPI PANTAI :) yahuuuu!!!~
location of our destination c:

just arrived
sangat² suka dengan pantai!!!
luv to play wth the sand
we at the beach yaw!!
BERBARIS!! hahaha...jalan JAM! uhUuu
muka dia yg tencen..sbb JAM! hahaha..rileks lar...:)
sempat lg aku online nih..hahaha..coverage mmg hampesss~ almaklum di kelilingi kelapa sawit.
Hampir sejam lebih terkandas dalam JAM ni..adoyai..gara² xnk lalu tol pnye pasal. Alhamdulillah, kami tiba dengan selamat di Nilai c:

Tanx dear for bring me here. . .
*for the 1st time x gune GPS pg tempat yg x pnh kami prgi*
xD

Thursday, February 3, 2011

februalove


m.e.n.s.t.r.u.a.l + m.i.g.r.a.i.n :(

oh! sangat² tidak di gemari oleh sesetengah orang yang bergelar PEREMPUAN.
Kedatangannya pada setiap bulan amat lah menyakitkan.
Hampir 6biji panadol menstrual aku telan setiap hari untuk menghilangkan rasa sakit.
Ada juga teman² yang ambil tahu menasihati supaya kurangkan makan ubat.apalagi berlebihan.
Kalau sudah sakit,aku tak peduli semua itu. Yang penting lega....
Tapi mengikut statistik teman² ku...a girl yang mau period akan kuat makan dan ada saja yg di idamkan..
Like me, aku akan mencari makanan yang pedas²..pernah skali makan cili dengan buah limau kasturi sambil tgk tv.
Gila la!
Entah lah kenapa tiap² bulan mesti ada senggugut ni.
Sakit lah!
harap esok dh x sakit.........
+_+

Wednesday, February 2, 2011

Perbezaan Semalam & Hari ini

Semalam . . .
Airmata aku deras mengalir
Entah kenapa
Mungkin aku dilanda kebosanan yang melampau²
Atau tidak bertemu si Dia yang ku rindu
Aku menangis...dan menangis lagi...
(sampai kerongkong aku merasa tegang sekali)
Hp berbunyi. Tertera di skrin -> ^my.fiancee^
Si Dia bertanya " ayya kenapa? kalau ada masalah bgtau.jgn diam²"
Aku pun xtahu mau jwb apa...
Airmata aku mengalir deras lagi...dan lagi...:'(
Aku tidak menjawab pertanyaannya..
"Jangan bt dear takut" katanya...
Aku cuba menyembunyikan tangisan ku..
"dun worri...syg x apa²..."
Dia janji untuk datang ke rumah esok.
Tiba² airmata ku kering begitu sahaja.......

Hari ini...
Dia datang dengan senyuman
Masih menagih jawapan ku semalam
"kenapa ayya nangis semalam?"
Aku senyum.
"cengeng" katanya. Sambil mengusap rambut ku yang masih basah.
"siap²lah.."katanya. "mau kemana??" aku buat² muka terkejut. Walhal aku tau dia akan bawa aku jalan² hari ini.
"cepatlah..kalo lambat siap,stay rumah ja lah"katanya.
"ok²!" berlari menuju ke kamar..Dia menonton HBO di ruang tamu.
Destinasi yang kami tuju: SEREMBAN. Tempat yang belum dia pernah 'drive'...hehehe..
Katanya mau mencari kasut baru untuk kerja. Jadi im her 'GPS' all the way to SEREMBAN!
Aktiviti selain mencari kasut barunya...CINEMA at Terminal 2. Movie: KHURAFAT.
Movie nya tak lah seseram yang aku dengar dari teman² ku..hurm.. 2STAR je.
Tapi best juga dapat spend time together with him.
On the way balik Nilai, singgah kat Tmn.Semarak. Ada pasar malam. Beli barang dapur je.
Confirm dia minta masakkan untuk esok sbb Dia yang pilih barang² dapur... c:
So i have to wake up early tomorrow ^_^

Lihat perbezaannya?
Saia dapat lihat....heeeee
Luv u berjuta² kali my Dear Fiancee
Tanx for brighten my day everytime i felt so sad (even xtau kenapa sedih)
MMmmuahhh!!!
++Time to sleep++