Belum ada kata sepakat.
Itu lah yang terjadi kepada kami semenjak dua menjak ni. Dah lah saya stress dengan kerja. Ditambah lagi dengan masalah tarikh sanding (on november 11'). Saya sedia maklum urusan tarikh tersebut di sediakan oleh orang tua. Tapi, bukan kah pihak perempuan yang BERHAK memilih tarikh tersebut? Saya sangat serabut~ Saya tidak ada masalah dengan semua yang mereka sediakan selama ini. Tapi tarikh persandingan yang mereka pilih memang saya tidak setuju sama sekali. Luahan ini di buat kerana saya sudah tidak tahan lagi..huhu.. takkanlah majlis sebelah lelaki yang lebih meriah. Alasan yang di berikan juga sangat cliche. Saya tidak bersuara kerana tidak mahu menyinggung mana² pihak. I know this marriage will unite both families, tapi kalau begini lah jadinya, saya memang tidak SETUJU!
Saya bukan seorang yang percaya kepada tarikh yang bagus boleh membuatkan kita bahagia. No! Itu semua ketentuan Allah. Kenapa kita tidak serahkan kepada Nya saja? Hari² benda yang sama untuk di jadikan bahan bad mood. Sampaikan saya tidak ada mood untuk berfikir soal persiapan² semua. Nak ke Kota Bharu berjumpa dengan Mak Andam pun sudah tidak se-excited dulu. Sepatutnya saya gembira apabila di tanya soal perkahwinan. Tapi muak masam yang saya lemparkan kepada mereka.sorry.sudah tidak teruja. :(
Saya kena mengalah atau tidak? Speechless....................
0 comments:
Post a Comment